Followers

Recent News


welcome to my blog pinkysugarlife.com :) da visit tu silakan follow saia oke ? .::tenkiu::. datang lagy :) love u all . babai ! muaaxx !

Tuesday, March 19, 2013

~ PERKARA TAK WAJIB ~

Assalamualaikum ... hai readers sayang .. sorry lama tak update sebab sangad busy ! busy ngn assignment ! huh ? final projek lagi test bagai . hehe , ALASAN KAN ??? haha , yeeaahh ! nampak sangat kat situ kan . hehe :P

okayy entry kali nehh nk story siket perkara-perkara yang tak wajib dalam majlis perkahwinan . awok ni menggatal nak kawen ke ? dh tuu asal ckp pasal kawen bagai ni ? opppss ! just utk pengetahuan semua jee . bukan bermaksud bila nk kawen baru laa nak amek tahu itu ini . kan ? setujukan je laa . actually , tadi boring-boring stress ngan final projek yang nak present esok bukak la FB yang sekian lama tak aktif tuu .
then , nampak laa satu blog ni , islamic laa jugak . ape ntah namenyee . so , now syda nk berkongsi la ngan all my readers sayang . hehe :)

Bagi korang yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan, berikut adalah senarai perkara – perkara yang tidak wajib korang lakukan dalam sesuatu majlis perkahwinan.

Kumpulan kompang, berzanji atau silat 
- Korang tetap sah berkahwin walaupun tiada paluan kompang, nyanyian zanji atau pertunjukkan silat pengantin. Jadi, korang  tidak perlu paksa diri anda untuk keluarkan modal untuk mengupah kumpulan kompang dan sebagainya. Jika korang ada modal itu lain ceritanya.

Pelamin untuk bersanding 
- Bersanding tidak termasuk dalam syarat sah  nikah. Jadi, korang boleh abaikan sesi bersanding jika korang tidak mampu untuk sediakan pelamin untuk bersanding.

Memberi cenderahati pada tetamu yang datang
- Korang tidak wajib untuk memberi cenderahati pada tetamu yang hadir seperti bunga telur dan sebagainya. Jadi, jika korang ada bajet untuk 100 cederahati sahaja, korang boleh teruskan niat anda tanpa rasa bersalah jika 100 cederhati itu habis di agihkan.

Nasi minyak dan  lauk ayam 
- Di sebabkan kebanyakan majlis perkahwinan yang berlangsung di Malaysia menyajikan makanan nasi minyak, ramai pasangan berkahwin ingat perkara itu wajib. Sebenarnya, ia tidak wajib dan korang boleh sajikan apa sahaja makanan yang korang suka pada tetamu – tetamu yang hadir.

Hiburan tambahan seperti joget lambak 
- Hiburan tambahan seperti joget lambak, nyanyi karaoke juga adalah tidak wajib. Jadi, korang tidak perlu memaksa diri korang untuk keluarkan bajet untuk menjayakannya.

Adat merenjis air mawar 
- jika korang tidak suka atau tidak faham mengenai adat merenjis air mawar, korang boleh abaikan sahaja. hehe , mudah kan :)

Memakai dua hingga tiga helai baju pengantin
- Sekarang ada trend terbaru iaitu bernikah dengan baju lain, bersanding dengan baju lain dan makan dengan baju lain. Perbuatan menukar baju pengantin adalah tidak wajib. bagi yang berkemampuan jee boleh laa buad tukar-2 . bagi yang bajet rasanya tak perlu kot . tak wajib kan :P okayy , settle masalah :)

Bertukar barang hantaran 
- Barang hantaran adalah adat turun menurun masyarakat melayu dan bukannya syarat wajib sah nikah. Jika korang tidak mampu untuk sediakan barang hantaran untuk pasangan korang, korang boleh berbincang dengan keluarga pasangan korang untuk tidak adakan sesi pertukaran barang hantaran. tapi jarang laa berlaku sekarang kan ? mesti ada jugak hantaran . kalau takda tak meriah laa majlis kan ? datang dengan tangan kosong . hehe :)

okayy , tuu je nk share ngan korang untuk entry kali nehh :)
thanks for reading <3

No comments:

Post a Comment

Recent News

http://pinkysugarlife.blogspot.com

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers